Latar Belakang
Objektif
Peranan
Syarat & Kriteria
Struktur Organisasi
1 Inisiatif yang diperkenalkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (NBOS 8)
2 Dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kewangan (MOF) sebagai Peneraju
3 Komuniti Perwani 1Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Majlis 1 Million Women Purple Walk, 17 Mac 2013
1 Ahli Komuniti Perwani 1Malaysia sebagai agen transformasi di peringkat komuniti
2 Memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman kepada masyarakat mengenai hala tuju Kerajaan
3 Menjadi kumpulan jaringan wanita yang mengamalkan amalan pengurusan yang terbaik
>
1 Merancang dan melaksanakan program-program transformasi komuniti yang memberi faedah kepada anggota masyarakat setempat
2 Merancang dan melaksanakan program-program pemerkasaan ekonomi bagi penduduk-penduduk di komuniti
3 Penghubung masyarakat dengan pihak berkuasa bagi melaporkan atau memberi maklum balas berhubung sebarang prasarana atau kemudahan awam yang memerlukan perhatian atau penambahbaikan
4 Membantu JKKK, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan Amanita (Polis wanita) meningkatkan keselamatan kejiranan di kawasan komuniti
5 Menyebarluas dan memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan
>
1 Dianggotai oleh 10 hingga 20 orang wanita
2 Warganegara Malaysia
3 Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
4 Mempunyai minat dan kesungguhan dalam melaksanakan program/aktiviti kesukarelawan di kawasan komuniti
>
Pengerusi
  • Mempengerusikan mesyuarat Komuniti Perwani 1Malaysia
  • Merancang aktiviti /program sepanjang tahun bagi golongan wanita di komuniti
Setiausaha
  • Mengatur mesyuarat Komuniti Perwani 1Malaysia
  • Menyediakan minit mesyuarat dan laporan Komuniti Perwani 1Malaysia dan mengemukakannya kepada PPWN
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi
Bendahari
  • Menjadi Bendahari Komuniti Perwani 1Malaysia
  • Mengemukakan laporan perbelanjaan tahunan kepada PPWN
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi
Ahli-Ahli
  • Bekerjasama dan memberi sokongan dalam melaksanakan aktiviti/ program Komuniti Perwani 1Malaysia
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi